PENGENALAN
Media
sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan
membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta
isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum, dan dunia virtual. Blog,
rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum
digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Di sini, pengguna dapat berkongsi
maklumat berupa kejadian, gambar dan ia dapat juga dijadikan sebagai medium
untuk mencari dan menambah rakan.
Internet
merupakan salah satu daripada aspek penting dalam perhubungan melalui aplikasi
sosial media. Dunia menyaksikan bahawa internet memegang peranan yang sangat
penting dalam kehidupan manusia kerana melalui internet, pengguna dapat saling
bertukar maklumat, melakukan kegiatan perniagaan secara online serta dapat menluaskan rangkaian hubungan sosial antara
manusia dengan menggunakan media sosial ini.
Keperluan
manusia terhadap media sosial telah banyak membuat perusahaan teknologi dan
informasi membuat aplikasi-aplikasi media sosial seperti facebook, twitter, myspace, friendster,instagram dan pelbagai lagi.
Kepesatan perkembangan teknologi sekarang dengan kewujudan telefon pintar (smartphone) membolehkan kita melawat
laman media sosial di mana sahaja dan pada bila-bila masa juga selagi kita
masih terhubung dengan talian internet. Ini membuatkan arus informasi semakin
besar dan pesat.
Perkembangan
media sosial yang pesat ini tidak hanya terjadi pada negara-negara yang maju
sahaja tetapi juga di negara-negara yang sedang berkembang seperti Malaysia.
Selain dijadikan wacana untuk berkongsi maklumat, media sosial juga dapat
dijadikan sebagai medium untuk kegiatan perniagaan seperti membuka kedai online.
SEJARAH
DAN EVOLUSI MEDIA SOSIAL
Awal mula terbentuknya sosial
media terjadi pada tahun 1978 dari penemuan sistem papan buletin, yang dapat memungkinkan
kita untuk mencari, atau berkongsi informasi, dapat berkomunikasi dengan
mengunakan surat elektronik yang talian internetnya masih terhubung dengan
saluran telefon dengan modem. Sistem papan buletin ini ditemukan oleh Ward
Christensen dan Randy Suess yang keduanya adalah sesama pecinta dunia
komputer. Perkembangan media sosial
pertama kali dilakukan melalui pengiriman surat elektronik pertama oleh
peneliti ARPA ( Advanced Research Project Agency) pada tahun 1971.
Pada tahun 1995,kelahiran dari laman GeoCities, di mana
laman ini melayani Web Hosting iaitu layanan penyewaan penyimpanan data - data jaringan
sesawang agar halaman sesawang tersebut dapat di lawat dari mana sahaja, dan kemunculan GeoCities
ini menjadi tunggak dari berdirinya laman-laman
sesawang lain.
Pada tahun 1997, muncul laman jejaring sosial pertama iaitu Sixdegree.com walaupun sebenarnya pada tahun 1995 terdapat laman Classmates.com yang juga merupakan situs jejaring sosial. Namun, Sixdegree.com di anggap lebih menawarkan sebuah laman jejaring sosial di banding Classmates.com
Tahun 1999, muncul laman untuk membuat blog pribadi, iaitu Blogger. Laman ini menawarkan penggunanya
untuk membuat halaman sendiri sehingga pengguna dari Blogger
ini dapat memuat naik hal tentang apapun, termasuk hal peribadi ataupun untuk mengkritik pemimpin sehingga dikatakan blogger ini menjadi tonggak berkembangnya sebuah media sosial. Tahun 2002, berdirinya Friendster, laman jejaring sosial yang pada
saat itu menjadi sangat dominan, dan keberadaan sebuah media
sosial menjadi fenomenal.
Pada tahun 2003, berdirinya LinkedIn, tidak hanya berguna untuk bersosial tetapi LinkedIn juga berguna untuk mencari pekerjaan sehingga
menjadikan fungsi atau peranan media sosial dalam kehidupan semakin berkembang.
Pada tahun 2003 juga, wujudnya MySpace yang menawarkan pelbagai kemudahan dalam menggunakannya, sehingga myspace di katakan sebagai
laman jejaring sosial yang mesra
pengguna.
Pada tahun 2004, lahirnya Facebook, iaitu sebuah laman jejaring sosial yang terkenal hingga sampai saat ini.
Facebook merupakan salah satu laman jejaring sosial yang memiliki anggota terbanyak dari
seluruh pelusuk dunia.
Pada tahun 2006, muncul Twitter, sebuah laman jejaring
sosial yang agak berbeza dengan yang lainnya kerana pengguna dari Twitter hanya dapat memuat naik status atau yang bernama Tweet ini yang hanya dibatasi 140 karakter.
Pada 2007, Wiser diperkenalkan sebagai laman jejaring sosial pertama sekali dilancarkan bertepatan dengan peringatan Hari Bumi (22 April 2007). Laman ini diharapkan dapat menjadi sebuah direktori online organisasi dari seluruh dunia termasuk pergerakan individu mahupun berkelompok.
Pada tahun 2011, muncul pula Google+. Google melancakan laman jejaring sosialnya yang bernama google+, namun pada awal pelancarannya, google+ hanya terhad kepada pengguna yang telah diajak oleh google. Setelah itu google+ di lancarkan secara umum.
KEPENTINGAN
MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN
Bersosial
di laman maya sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pada masa kini. Cuba
bandingkan pada waktu dahulu di mana tiada talian internet, perhubungan seperti
majlis keramaian menjadi tempat utama untuk bersosial di samping majlis-majlis
lain. Namun kini, laman sosial seperti Facebook,
Friendster, Twitter dan pelbagai lagi laman sosial lain menjadi alternatif bagi
tujuan untuk bersosial. Terdapat dua faktor mudah yang menjadikan laman sosial
merupakan perkara penting dalam perniagaan.
Faktor
pertama ialah sebagai lubuk jualan. Jualan akan menjadi lebih mudah apabila
terdapat banyak ‘potential customer’.
Di mana banyak orang, di situ banyak peluang jualan akan berlaku. Bayangkan
jika anda membuka kedai di belakang lorong-lorong kecil jalan yang terletak di
bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang ramai. Sudah tentu jualan anda
sedikit.Oleh sebab itu banyak kedai-kedai besar dan berjenama seperti Jusco dan
Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di kawasan yang mempunyai kepadatan
penduduk yang besar. Sama juga seperti laman sosial yang mempunyai ramai
pengguna. Ini membuka peluang jualan yang lebih besar.
Faktor
kedua ialah pemasaran percuma.
Laman sosial tidak memerlukan sebarang kos untuk anda mendapatkan satu
akaun. Ianya pada kebiasannya diberikan secara percuma. Hanya perlukan email
sahaja dan anda akan mendapat kunci untuk jualan melalui laman sosial ini. Produk
dan pendekatan yang bagus dalam jualan anda akan menyebabkan pemasaran secara
percuma berlaku. Sesuatu berita itu akan lebih cepat tersebar di dalam
laman sosial kerana berlakunya biasan berita atau entri di dalam laman sosial. Pendek
kata, anda membuat satu entri atau post, rakan-rakan anda akan dapat terus post
tersebut. Jika mereka menyukainya, mereka boleh share dengan rakan-rakan mereka
dan proses tersebut akan berulang-ulang secara terus. Ini yang dinamakan Viral
Marketing.
Kesimpulannya,
perniagaan dan jaringan sosial melalui laman sosial sangat penting dalam
perkembangan dan peningkatan jualan. Bukan sahaja percuma, malah pendekatan
yang lebih efektif buat masa kini bagi sesetengah produk. Bukan semua sesuai
untuk jualan menerusi laman sosial.
PENGGUNAAN
MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN SECARA GLOBAL
Penggunaan media sosial dalam perniagaan secara
global telah mendatangkan hasil jualan yang lebih memberansangkan dan
menguntungkan kepada usahawan sekaligus dapat mempengaruhi kemajuan dan
pembangunan sesebuah negara. Sesungguhnya tidak dinafikan media sosial tanpa
dunia internet tidak boleh disama-bandingkan dengan dunia “offline” iaitu dunia
yang tanpa Internet. Apabila tiadanya Internet, maka para usahawan akan
menghadapi masalah untuk mengakses media sosial memandangkan penggunaan media
sosial yang memerlukan talian Internet.
Namun perkara sebaliknya akan berlaku ketika kita
memasuki atau mengakses Internet di mana kita telah berjaya memasuki sebuah
pasaran global tanpa sempadan. Sebagai contoh, penciptaan laman web yang dilakukan
dalam bahasa Melayu tidak semestinya hanya dapat dilayari di dalam Malaysia
sahaja. Sesetengah pihak juga mendakwa bahawa terdapatnya halangan dari segi
budaya, bahasa dan kepercayaan kepada pengglobalan menyebabkan perniagaan ini
lebih dominan bagi syarikat berskala kecil dalam rangkaian perdagangan setempat
sahaja. Namun dengan adanya Internet, laman web ini dapat dilayari di merata
dunia kerana sesebuah laman web bukanlah hanya untuk sebuah negara sahaja. Jadi
adalah tidak mustahil jika perniagaan melalui media sosial dapat sambutan dan
perhatian yang mengalakkan dari pelanggan dari serata dunia. Sesungguhnya penggunaan
media sosial mempermudahkan segala usahawan untuk melakukan, memperkenalkan dan
mempergiatkan aktiviti perniagaan atau perkhidmatan ke seluruh negara dan
dunia.
Perniagaan menggunakan media sosial telah membuka peluang yang lebih luas kepada para usahawan untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan secara meluas samada di dalam atau luar negara. Pemasaran menggunakan media sosial merupakan salah satu teknik yang sangat membantu untuk usahawan-usahawan yang ingin memasarkan produk mereka dengan lebih meluas lagi. Dengan menggunakan media sosial sebagai aktiviti pemasaran, usahawan boleh mendapat pelanggan baru yang berpotensi dengan lebih mudah dan mereka juga akan dapat meningkatkan jualan kerana lebih ramai lagi orang akan tahu mengenai produk mereka. Bukan untuk pasaran tempatan sahaja, malah pasaran antarabangsa juga boleh didapati dengan adanya media sosial ini.
Perniagaan menggunakan media sosial telah membuka peluang yang lebih luas kepada para usahawan untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan secara meluas samada di dalam atau luar negara. Pemasaran menggunakan media sosial merupakan salah satu teknik yang sangat membantu untuk usahawan-usahawan yang ingin memasarkan produk mereka dengan lebih meluas lagi. Dengan menggunakan media sosial sebagai aktiviti pemasaran, usahawan boleh mendapat pelanggan baru yang berpotensi dengan lebih mudah dan mereka juga akan dapat meningkatkan jualan kerana lebih ramai lagi orang akan tahu mengenai produk mereka. Bukan untuk pasaran tempatan sahaja, malah pasaran antarabangsa juga boleh didapati dengan adanya media sosial ini.
Dengan kebolehan media sosial yang boleh
diakses di mana sahaja tanpa batasan waktu dan tempat menyebabkan hampir semua
industri dengan berbagai jenama besar telah menggunakan media sosial sebagai
pemasaran mereka. Ini adalah kerana mereka sedar bahawa media sosial adalah
antara cara pemasaran yang terbaik pada zaman ini. Sebagai contoh, usahawan
akan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui aplikasi Instagram di
mana pengguna atau pelanggan hanya menggunakan “hashtag” produk yang mereka
yang kehendaki dan dalam masa satu saat pelbagai pilihan akan keluar dan
pelanggan boleh mencari dan memilih produk yang dikehendaki.
Dalam era globalisasi dan perniagaan tanpa sempadan, seseorang usahawan
memerlukan pemikiran kontemporari. Ini kerana dengan teknologi yang cangggih,
pengguna kini boleh memilih produk, idea dan perkhidmatan dari seluruh dunia.
Dengan adanya media sosial, pengguna kini dapat mencari maklumat tentang produk
dan perkhidmatan yang ditawarkan di seluruh dunia dan dapat membuat pemilihan
berdasarkan kepada jenis dan kualiti produk, harga yang lebih berpatutan, tahap
servis penjual dan lain-lain aspek. Sebelum kewujudan media sosial, aktiviti
perniagaan hanya mampu dijalankan oleh usahawan yang mempunyai perniagaan besar
yang berkemampuan dari segi kewangan dan kepakaran namun dengan terciptanya
media sosial, usahawan yang mempunyai perniagaan kecil juga mampu mempromosikan
dan mengiklankan produk serta perkhidmatan mereka ke seluruh pelosok dunia
seperti melalui Facebook, Twitter, Instagram dan blog.
TAHAP
PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN DI MALAYSIA
Menurut
kajian yang dijalankan oleh Nielsen, peningkatan penggunaan Internet ialah 41%
dan 22.4 jam digunakan untuk melayari Internet. Manakala 71% daripada masa ini
ialah membuka laman sosial khususnya Facebook. Ini juga turut disokong oleh data
sebelum ini dari penyelidikan oleh SKMM Malaysia. Tujuan penggunaan Internet sebanyak 81.5% adalah bertujuan
menggunakan rangkaian sosial.
Dengan mengambil data tersebut,
boleh disimpulkan bahawa tujuan utama pengguna Internet menggunakan Internet
ialah mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara. Mereka juga berkomunikasi
melalui teks dan meluangkan masa yang tinggi dalam media sosial terutamanya
rangkaian sosial seperti Facebook. Pengguna Facebook di Malaysia juga telah
mencecah seramai 12 juta. Secara tidak langsung memberikan kita gambaran jelas bahawa
model pemasaran perniagaan telah berubah.
Kalau dahulu kita membincangkan
mengenai sesuatu produk antara jiran dengan jiran, rakan sekerja, atau saudara
mara. Sekarang ini banyak perbincangan mengenai produk atau servis dilakukan di
Facebook. Kalau anda perhatikan, berapa ramai yang mengatakan puas hati atau
sebaliknya mengenai sesuatu produk di dalam Facebook Wall mereka atau Wall
perniagaan.
CABARAN/HALANGAN
PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA
Namun masih terdapat cabaran dan halangan penggunaan
media sosial di Malaysia. Antaranya ialah kesahihan sesuatu maklumat. Maklumat
yang tepat dan sahih adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan
maklumat dan sekaligus mengelakkan penganiayaan pelanggan. Pihak yang tidak
bertanggungjawab akan memberi maklumat palsu semata-mata untuk menarik
perhatian pelanggan tetapi maklumat yang diberi tidak sama seperti yang
diuar-uarkan dalam media sosial. Saban hari terdapat ramai pelanggan yang
tertipu apabila mendapat produk tiruan setelah membayar dengan harga yang
tinggi atau mendapat barangan yang lain seperti yang dilihat dalam media
sosial. Ini menyebabkan ramai pelanggan berasa was-was untuk membeli dan ini
sekaligus akan memberi kesan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan dengan
jujur. Keadaan ini umpama kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Selain daripada kesahihan maklumat, kita juga
seringkali membaca dan mendengar kes-kes penipuan berbentuk kewangan. Penipuan
ini telah semakin merebak dan semakin ramai yang menjadi mangsa penipuan. Pada
masa sekarang, kita jarang mendapat perkhidmatan “cash delivery” yang menuntut
pembayaran apabila barang sampai ke destinasi kita. Kebanyakkan perniagaan yang
dilakukan sekarang melakukan transaksi pemindahan wang secara talian dan
apabila mereka mendapat barangan yang tidak berkualiti adalah sukar bagi mereka
untuk menuntut ganti rugi atau mengambil balik wang mereka. Malahan ada di
kalangan mereka yang melarikan diri apabila mendapat wang dan meninggalkan
pelanggan terkapai-kapai tanpa sebarang jawapan. Sekurang-kurangnya jika
pelanggan datang sendiri ke premis perniagaan dan memilih sendiri barangan yang
berkualiti dan memuaskan, kes-kes penipuan ini dapat dielakkan.
Masalah keselamatan juga menjadi isu dalam
penggunaan media sosial. Ini kerana orang lain dapat mengakses masuk ke dalam
data kita tanpa kebenaran kita. Kita seringkali mendengar Facebook dipecah
masuk oleh penggodam yang tidak berpuas hati atau yang mempunyai niat yang
tidak baik. Usahawan seharusnya sentiasa dalam keadaan peka dengan maklumat
syarikatnya lebih-lebih lagi jika menggunakan media sosial sebagai pemasaran
produk dan perkhidmatan mereka. Serangan mungkin akan berlaku akibat suka-suka
ataupun sabotaj daripada pesaing mereka. Malahan gosip dan fitnah juga akan
tersebar tanpa kawalan dan sekaligus akan memberi imej buruk kepada usahawan
dan perniagaan. Sekarang dengan jari sahaja, pelbagai anasir buruk dan kritikan
yang mampu menjatuhkan kredibiliti sesorang usahawan akan disebarkan dalam
media sosial. Kerana kecanggihan media sosial yang boleh diakses pada bila-bila
masa, maklumat salah akan disebarkan dan tersebar dalam tempoh yang singkat dan
adalah sukar untuk mengawalnya jika sudah tersebar.
Kita juga berfikir bahawa proses perniagaan adalah
mudah untuk dilakukan melalui media sosial adalah mudah dimana mereka hanya
meninggalkan pautan atau “link” untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan
mereka. Namun mereka bukan sahaja akan digelar spammer malah akan kehilangan
pengikut mereka. Sesetengah
usahawan dan ahli perniagaan juga akan dinasihatkan oleh pakar IT untuk
mendapatkan alat pengurusan media sosial yang melibatkan kos yang tinggi tetapi
gagal untuk menggunakannya untuk mendapatkan hasil keuntungan yang
memberansangkan ke atas pelaburan mereka. Usahawan juga perlu mengupah
sekumpulan pekerja yang mahir dalam proses penggunaan media sosial. Ini akan
menyebabkan perbelanjaan yang tinggi. Malahan usahawan juga akan membelanjakan
keuntungan untuk mendapatkan lebih banyak sambutan daripada pelanggan. 90%
kejayaan perniagaan adalah adalah bergantung kepada kepada gaya pengiklanan
yang berkesan dan berterusan.
Para usahawan juga tidak mempunyai masa yang
mencukupi untuk melayari media sosial. Menurut Perniagaan Insider, Amerika
menghabiskan sekurang-kurangnya 37 minit pada media
sosial setiap hari dan tempoh jangkamasa
tersebut akan sentiasa berubah mengikut bidang industri yang diceburi. Untuk
perniagaan yang baru berkembang, kekangan masa adalah antara cabaran yang akan
dihadapi oleh usahawan. Mereka akan menghabiskan masa di antara 8 sehingga 14
jam sehari di media sosial untuk mempromosi dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan
mereka lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru menceburi bidang perniagan dalam
media sosial dan menguruskan pelbagai bidang platform.
Sesungguhnya untuk melakukan pemasaran yang berkesan melalui
media sosial memerlukan memerlukan penyediaan, pelan, dengan jadual yang betul dan kandungan yang
baik untuk dikongsikan bersama. Jika seseorang usahawan itu tidak mempunyai
pelan dan strategi yang berkesan untuk memperkembangkan perniagaannya, dia akan
mendapat pulangan atau hasil yang kurang memuaskan. Seseorang usahawan juga perlu menganalisis
strategi media sosial mereka pada setiap bulan dan meminda dan mengubah
suai strategi untuk memenuhi permintaan pasaran terkini. Ini bukan tugas yang
mudah apabila perubahan teknologi yang berlaku sangat pantas. Mereka juga
harus mempertimbangkan waktu mereka membuat pengiklanan dan promosi jika
pelanggan mereka dari zon waktu yang berlainan. Untuk itu, setiap usahawan
perlu menghadiri seminar atau kursus usahawan internet yang sentiasa dianjurkan
oleh pakar-pakar internet.
FAKTOR-FAKTOR
PENDORONG MEDIA SOSIAL
Meminimakan kos pengiklanan merupakan di
antara faktor-faktor pendorong penggunaan media sosial. Jika dulu
syarikat-syarikat besar sahaja yang berkemampuan menggunakan media sosial
sebagai strategi pemasaran namun pada hari ini, iklan dan promosi dari
peniaga-peniaga kecil juga turut menghiasi laman media sosial sekarang. Tidak
dinafikan lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka jika
dibandingkan dengan cara pemasaran lain selain media sosial. Banyak perniagaan
besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti
untuk memperkenalkan produk mereka. Contohnya melalui penggunaan Facebook
kerana usahawan sedar akan pengguna Facebook yang sangat ramai dan ini
memudahkan lagi aktiviti pemasaran.
Terdapat juga perniagaan yang menggunakan
media sosial yang menyediakan ruangan khidmat pelanggan mereka. Interaksi
dengan pelanggan adalah perkara yang penting dalam apa jua perniagaan dan setiap
maklumbalas daripada mereka akan meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan lain
dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan cara ini, mereka boleh
memberikan khidmat yang lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi hubungan
dengan pembeli mereka yang sedia ada. Pelanggan akan memberi maklum balas yang
positif untuk perkhidmatan yang memuaskan dan begitu juga sebaiknya. Seperti
yang kita sedia maklum, maklum balas dalam media massa memainkan peranan
penting dalam sesebuah perniagaan memandangkan ianya dapat dibaca oleh pembaca
maka maklum balas yang positif akan menarik lebih ramai pelanggan baru manakala
maklum balas yang negatif pula sebaliknya. Maklumat yang diperolehi daripada
maklum balas ini akan digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi
mereka sendiri sebagai seorang usahawan dan perniagaan mereka. Itulah sebabnya
mengapa media sosial ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran
masa kini.
Media Sosial juga menjadi tempat untuk
meluaskan pemasaran yang efektif kerana kemudahan internet itu sendiri yang
kini manfaatnya boleh dinikmati oleh berbagai kalangan masyarakat tanpa mengira
peringkat umur. Sebagai contoh, apabila kita membuka tapak jualan ataupun
kedai, pelanggan akan tertarik kepada orang ramai yang berkumpul di kawasan
kita berniaga. Ini juga sama berlaku kepada perniagaan di media sosial di mana
pembaca akan tertarik kepada “page” yang mendapat sambutan yang mengalakkan
malah mereka akan terus memberi perhatian sepenuhnya apabila terdapat pelanggan
yang membeli produk yang sama berulang-kali dari peniaga yang sama.
Dengan kemudahan media sosial, proses
penyebaran informasi dan maklumat menjadi lebih mudah kerana pemilik media
massa tersebut hanya perlu membuat artikel, tulisan, gambar, video, atau apa
jua bentuk informasi dan meletakkannya di media sosial tertentu seperti forum
online yang dapat mewujudkan medium komunikasi di antara ahli forum yang lain.
KESIMPULAN
Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan
internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil
perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan
muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk
membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah
untuk memulakan perniagaan internet. Bagi yang lebih berkemampuan atau yang
benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula
menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka,
kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.
Perniagaan internet adalah penyelesai
kepada banyak masalah. Ia boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi
kesesakan lalu lintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta
kepada mereka yang masih menganggur. Internet memiliki banyak kelebihan
berbanding perniagaan konvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan
geografi, bangsa dan agama. Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di
internet jika rajin berusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri
sendiri.
Thank you bro .. byak info yg bergune 😉
ReplyDeleteThank you bro .. byak info yg bergune 😉
ReplyDelete